Bengkel Pengucapan Awam 101
(Versi 1 Hari)


Bengkel asasi pengucapan awam ini mengambil masa 1 hari. Ia sesuai untuk semua golongan yang perlu menyampaikan ucapan di hadapan khalayak atau menambah keyakinan diri.

Matlamat

Bengkel ini direka khas untuk memberi kesan serta-merta ke atas peserta agar mereka dapat menunjukkan perubahan yang ketara dalam masa yang singkat. Kaedah-kaedah pengucapan awam yang paling penting dirumuskan menjadi 16 kemahiran yang amat khusus dan mudah dipelajari (8 kemahiran pada tahap 1 dan 8 kemahiran pada tahap 2). Pendekatan ini diberi nama "Rumus 8 + 8" dan merupakan suatu kaedah yang terbukti berkesan. Matlamat bengkel tercapai apabila peserta memperoleh keyakinan dan kemampuan untuk menyampaikan ucapan yang tersusun, menarik, berkesan dan memberangsangkan.

Kaedah

Bengkel ini akan dikendalikan oleh seorang jurulatih utama dan mungkin seorang atau lebih jurulatih tambahan, bergantung kepada jumlah peserta. Jurulatih utama akan menyampaikan bahan utama sebelum para peserta diasingkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk latihan individu; setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang jurulatih. Jumlah peserta di dalam setiap kumpulan dihadkan kepada 15 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi. Nota akan disediakan.

Jadual

Masa Kegiatan
9.00-9.30 pagi Pengenalan kepada Ilmu Pidato
9.30-10.00 pagi Penerangan 8 Kemahiran Berpidato (Tahap 1)
- Buang Nota
- Angkat Tangan
- Berdiri Tegak
- Kuatkan Suara
- Buang Penongkat
- Pandang Hadirin
- Kawal Senyuman
- Tatabahasa & Sebutan
10.00-11.00 pagi Kumpulan Kecil: Latihan & Tunjuk Ajar untuk Individu (Pusingan 1)
11.00-11.15 pagi Minum Pagi
11.15 pagi-12.00 tghr Penerangan 8 Kemahiran Berpidato (Tahap 2)
- Susun Hujah
- Tunjuk dengan Tangan
- Bergerak dengan Tujuan
- Kuat & Perlahan
- Laju & Lambat
- Mata ke Mata
- Tunjuk dengan Muka
- Perbendaharaan Kata
12.00 tghr-1.00 ptg Kumpulan Kecil: Latihan & Tunjuk Ajar untuk Individu (Pusingan 2)
1.00-2.00 ptg Makan Tengahari
2.00-3.00 ptg Kumpulan Kecil: Latihan & Tunjuk Ajar untuk Individu (Pusingan 3)
3.00-4.00 ptg Kumpulan Kecil: Latihan & Tunjuk Ajar untuk Individu (Pusingan 4)
4.00-4.30 ptg Rehat
4.30-5.30 ptg Persembahan daripada pemidato-pemidato terbaik setiap kumpulan (Pertandingan)
5.30-5.45 ptg Penyampaian Sijil & Hadiah
5.45-6.00 ptg Penutup

Keperluan

Sebuah bilik latihan yang besar dan beberapa bilik yang kecil diperlukan.