Bengkel Pengucapan Awam 101


Bengkel asasi pengucapan awam ini mengambil masa 2 hari. Ia sesuai untuk semua golongan yang perlu menyampaikan ucapan di hadapan khalayak atau menambah keyakinan diri.

Matlamat

Bengkel ini direka khas untuk memberi kesan serta-merta ke atas peserta agar mereka dapat menunjukkan perubahan yang ketara dalam masa yang singkat. Kaedah-kaedah pengucapan awam yang paling penting dirumuskan menjadi 16 kemahiran yang amat khusus dan mudah dipelajari (8 kemahiran pada tahap 1 dan 8 kemahiran pada tahap 2). Pendekatan ini diberi nama "Rumus 8 + 8" dan merupakan suatu kaedah yang terbukti berkesan. Matlamat bengkel tercapai apabila peserta memperoleh keyakinan dan kemampuan untuk menyampaikan ucapan yang tersusun, menarik, berkesan dan memberangsangkan.

Kaedah

Bengkel ini akan dikendalikan oleh seorang jurulatih utama dan mungkin seorang atau lebih jurulatih tambahan, bergantung kepada jumlah peserta. Jurulatih utama akan menyampaikan bahan utama sebelum para peserta diasingkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk latihan individu; setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang jurulatih. Jumlah peserta di dalam setiap kumpulan dihadkan kepada 15 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi. Buku kerja akan disediakan.

Jadual

Masa Hari Pertama Hari Kedua
9.00-10.45 pagi Pengenalan kepada Ilmu Pidato & Mengatasi Darah Gemuruh
Latihan “Memecah Ruyung”
Penerangan 4 Kemahiran Berpidato (Tahap 2)
- Susun Hujah
- Tunjuk dengan Tangan
- Bergerak dengan Tujuan
- Kuat & Perlahan
Latihan Individu
10.45-11.00 pagi Minum Pagi
11.00 pagi-12.45 ptg Penerangan 4 Kemahiran Berpidato (Tahap 1)
- Buang Nota - Angkat Tangan
- Berdiri Tegak - Kuatkan Suara
Latihan Individu
Penerangan 4 Kemahiran Berpidato (Tahap 2)
- Laju & Lambat - Mata ke Mata
- Tunjuk dengan Muka
- Perbendaharaan Kata
Latihan Individu
12.45-1.45 ptg Makan Tengahari
1.45-3.15 ptg Penerangan 4 Kemahiran Berpidato (Tahap 1)
- Buang Penongkat
- Pandang Hadirin
- Kawal Senyuman
- Tatabahasa & Sebutan
Latihan Individu
Latihan Individu - menggabungkan kesemua kemahiran
3.15-3.30 ptg Minum Petang
3.30-5.00 ptg Latihan Individu - menggabungkan kesemua kemahiran Kegiatan Berkumpulan
(Atau persembahan daripada pemidato-pemidato terbaik setiap kumpulan - Pertandingan)
Penyampaian Sijil & Penutup

Keperluan

Sebuah bilik latihan yang besar dan beberapa bilik yang kecil diperlukan.