Bengkel Debat 101


Bengkel asasi debat ini mengambil masa 1 hari. Ia sesuai untuk semua pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi terutamanya mereka yang bakal mengambil bahagian di dalam pertandingan debat di sekolah, universiti dll.

Matlamat

Bengkel ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu teori dan amali. Para peserta akan diberi pemahaman tentang jenis-jenis debat, konsep debat, tatacara debat dan lain-lain, serta peluang untuk merasai situasi debat yang sebenar di dalam sesi latihan. Kemahiran pengucapan awam secara amnya juga akan diajar dan diterapkan. Matlamat bengkel tercapai apabila peserta dapat menjiwai debat serta memperoleh keyakinan dan kemampuan untuk menyampaikan hujah-hujah yang mantap dan berkesan.

Kaedah

Bengkel ini akan dikendalikan oleh seorang jurulatih utama dan mungkin seorang atau lebih jurulatih tambahan, bergantung kepada jumlah peserta. Jurulatih utama akan menyampaikan bahan utama sebelum para peserta diasingkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk latihan; setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang jurulatih. Jumlah peserta di dalam setiap kumpulan dihadkan kepada 15 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi. Nota akan disediakan.

Jadual

Masa Kegiatan
9.00-10.15 pagi Pengenalan kepada Ilmu Debat:
- Jenis-jenis Debat
- Konsep Asas Debat Ala Parlimen
- Tatacara Debat
- Pentakrifan
- Pembentangan Kes
- Beban Bukti
- Peranan Perdana Menteri & Ketua Pembangkang
- Peranan Timbalan Perdana Menteri & Timbalan Ketua Pembangkang
- Peranan Menteri 1 & Pembangkang 1
- Penggulungan
10.15-10.30 pagi Minum Pagi
10.30-11.00 pagi Kemahiran Pengucapan Awam
11.00 pagi-12.00 tghr Latihan Debat dalam Kumpulan Kecil (Pusingan 1)
12.00 tghr-1.00 ptg Latihan Debat dalam Kumpulan Kecil (Pusingan 2)
1.00-2.00 ptg Makan Tengahari
2.00-3.00 ptg Latihan Debat dalam Kumpulan Kecil (Pusingan 3)
3.00-4.00 ptg Latihan Debat dalam Kumpulan Kecil (Pusingan 4)
4.00-4.30 ptg Rehat
4.30-5.30 ptg Sesi Debat Perdana - persembahan daripada pendebat-pendebat terbaik setiap kumpulan (Pertandingan)
5.30-5.45 ptg Penyampaian Sijil & Hadiah
5.45-6.00 ptg Penutup

Keperluan

Sebuah bilik latihan yang besar dan beberapa bilik yang kecil diperlukan.